Events

TABUNG HUJUNG MINGGU HULUR RAMADAN 2024

  • Date:

    15 Mar 2024 (Friday) to 15 Apr 2024 (Monday)

  • Time

    12:00 AM

  • Venue:

    Malaysia

  • Fees:

    RM 0.00 per pax

TABUNG HUJUNG MINGGU HULUR RAMADAN 2024

TARGET: RM6000

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا

Yang bermaksud: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” (Riwayat Muslim)

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum WBT kepada semua penderma, hari ini kami membuka TABUNG HUJUNG MINGGU HULUR RAMADAN untuk 2024. Sasaran Ramadan kali ini adalah untuk memberi bantuan kepada 4 golongan:

1. Warga emas: Pusat Jagaan Nur Hasanah Beranang, Selangor - gotong-royong, berbuka & solat
2. Rumah Orang Kurang Upaya : Rumah Harapan Nur Aafiyah, Sungai Buloh Selangor - gotong-royong, berbuka & solat
3. Beli baju/persiapan raya untuk golongan Asnaf - SK Batu 48, Dungun, Terengganu
4. Rumah anak yatim : Rumah Baitululfah, Seri Kembangan Selangor - berbuka, solat berjemaah, dan bacaan Yaasin sempena Nuzul Quran

Dengan target sebanyak RM6000, kami berharap para penderma dapat sama-sama memberi bantuan untuk meringankan beban mereka di Ramadan kali ini. Kami akan mengemas kini jumlah dana dan perbelanjaan kami secara berkala sepanjang bulan.

Sebarang lebihan daripada jumlah yang disasarkan akan disalurkan kepada rumah kebajikan berkaitan untuk perbelanjaan harian/sambutan hari raya mereka, Insya-Allah.

Untuk sumbangan anda boleh salurkan ke akaun:

MAYBANK - 564418608474
Acc: PERTUBUHAN KEBAJIKAN HULUR MALAYSIA
Rujukan: HULURamadan
*Sila ke gambar seterusnya untuk QR code kami.

Semoga Allah SWT membalas segala budi dan sokongan anda. Amin.

Alone we can do so little, together we can do so much

Helen Keller