Events

MALAYSIA DAY WITH RUMAH PENYAYANG DARUL ILMI

  • Date:

    17 Sep 2022 (Saturday)

  • Time

    09:00 AM

  • Venue:

    Gua Damai Extreme Park

  • Fees:

    RM 0.00 per pax

MALAYSIA DAY WITH RUMAH PENYAYANG DARUL ILMI

Hi, Assalamualaikum semua followers HULUR Malaysia. Kami teruja untuk mengumumkan program kami yang seterusnya iaitu 'Malaysia Day with Rumah Penyayang Darul Ilmi'. Rumah anak yatim dan asnaf ini terletak di Gombak, Selangor yang bertujuan membantu golongan asnaf dan anak yatim meneruskan kehidupan mereka dengan menyediakan tempat tinggal dan pembelajaran.

Alhamdulillah dengan kerjasama dari Gua Damai Extreme Park, Batu Caves Selangor, aktiviti Rock Climbing ini akan diadakan pada 17 September ini bersempena Hari Malaysia yang disambut oleh semua rakyat Malaysia pada 16 September 2022 dan diuruskan sepenuhnya bersama pihak Gua Damai Extreme Park.

Dengan tema 'Climb To The Top' kami berharap aktiviti ini dapat meningkatkan semangat kesukanan, daya saing, dan keyakinan anak-anak yatim dan asnaf ini.

Kami juga membuka Tabung HULUR kepada semua penderma untuk menderma kepada Rumah Penyayang Darul Ilmi dan sumbangan akan disampaikan pada hari aktiviti nanti.

100% daripada sumbangan anda akan disampaikan terus kepada Rumah Penyayang Darul Ilmi untuk keperluan seharian anak-anak ini. Tabung ini akan dibuka sehingga 16 September, pada hari jumaat ini.

Untuk menyumbang boleh salurkan kepada :
MAYBANK 564418608474
PERTUBUHAN KEBAJIKAN HULUR MALAYSIA
Reference : HULURRockClimbing Semoga derma anda dapat membantu mereka dalam perbelanjaan kehidupan seharian di Rumah Penyayang Darul Ilmi.

THE JOY OF GIVING




UPDATE

We had a blast!

Alhamdullillah, pada 17 Sept yang lalu, aktiviti rock climbing bersama Rumah Penyayang Darul Ilmi telah berjalan lancar.

Hari dimulakan dengan sarapan mee goreng. Seterusnya aktiviti dimulakan dengan welcome speech dan bacaan doa. Selepas pihak Gua Damai memberikan sedikit briefing dan warm up session, setiap peserta dipakaikan dengan harness dan helmet untuk keselamatan.

Then, off we go!

Adik-adik ni semua sangat bersemangat dan tidak takut untuk memanjat hingga ke atas. Syabas adik-adik semua! We are so proud of you!

Special thanks to Gua Damai Extreme Park and our sponsors for making this day happen.

Aktiviti tamat dalam sekitar pukul 12 pm, kami semua menjamu selera dengan lunch yang disediakan. Seterusnya, penyampaian sijil dan hadiah kepada para peserta, serta penyampaian sumbangan yang didermakan oleh orang ramai iaitu sebanyak RM400.

Kami sangat gembira melihat adik-adik semua enjoy dan happy. This is THE JOY OF GIVING.

We rise by lifting others

Robert Ingersoll