Events

TABUNG HULUR RAMADHAN 2022

  • Date:

    03 Apr 2022 (Sunday) to 02 May 2022 (Monday)

  • Time

    12:00 AM

  • Venue:

    Malaysia

  • Fees:

    RM 0.00 per pax

TABUNG HULUR RAMADAN 2022

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum WBT kepada semua yang dirahmati Allah, kami telah membuka Tabung HULUR untuk Ramadan. Matlamat kami pada Ramadan ini adalah untuk menaja hidangan (sahur/iftar/keduanya) untuk 6 kategori golongan kurang berkemampuan:

1. Gelandangan, dengan kerjasama @warungmakansahabat
2. Rumah anak yatim - Pusat Jagaan Nurul Hasanah
3. Pusat jagaan warga emas - Pusat Jagaan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas
4. Maahad Tahfiz - Maahad Tahfiz Integrasi Ilmi
5. Tempat perlindungan wanita - Raudhatus Sakinah
6. Pusat pemulihan OKU - Rumah Harapan Nur Aafiyah

Sasaran kami pada kali ini adalah RM 10000. Kami berharap dapat memberikan sumbangan kepada pusat-pusat tersebut untuk Ramadan kali ini.

Insya-Allah, dengan sumbangan anda, bersama-sama kita akan mencapai sasaran kita. Kami akan mengemas kini jumlah dana dan perbelanjaan kami secara berkala sepanjang bulan ini. Sebarang lebihan daripada jumlah yang disasarkan akan disalurkan kepada rumah anak yatim dan rumah orang tua untuk perbelanjaan harian/sambutan hari raya mereka, Insya-Allah.

Untuk sumbangan anda boleh salurkan ke akaun:
MAYBANK - 564418608474
Acc: PERTUBUHAN KEBAJIKAN HULUR MALAYSIA
Reference: HULURRamadan

Semoga Allah mengurniakan Jannah atas sokongan anda. Amin.

THE JOY OF GIVING




UPDATE

Alhamdulillah sebanyak RM7743.00 telah dapat kami kumpulkan, dan sebanyak RM 6443.00 telah kami sumbangkan melalui program buka puasa bersama rumah-rumah kebajikan seperti yang tertera di bawah. Baki keseluruhannya sebanyak RM 1300 akan kami sumbangkan kepada Pusat Pemulihan OKU dan Pusat Perlindungan Wanita dalam masa terdekat ini untuk membantu perbelanjaan keperluan harian mereka.

1. Gelandangan, dengan kerjasama Warung Makan Sahabat
2. Rumah anak yatim - Pusat Jagaan Nurul Hasanah
3. Pusat jagaan warga emas - Pusat Jagaan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas
4. Maahad Tahfiz - Maahad Tahfiz Integrasi Ilmi
5. Tempat perlindungan wanita - Raudhatus Sakinah
6. Pusat pemulihan OKU - Rumah Harapan Nur Aafiyah

Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada semua penderma HULUR atas keprihatinan anda membantu golongan kurang berkemampuan ini. Teruskan sokongan anda agar lebih ramai dapat kami bantu dan dapat kita sama-sama melahirkan masyarakat yang bekerjasama.

Untuk sumbangan aktiviti-aktiviti seterusnya boleh disalurkan ke akaun:

MAYBANK - 564418608474
Acc: PERTUBUHAN KEBAJIKAN HULUR MALAYSIA
Rujukan: DermaHULUR

Semoga Allah mengurniakan Jannah atas sokongan anda. Amin.

It’s not how much we give, it’s how much love we put into giving

Mother Teresa