TABUNG KECEMASAN MANGSA BANJIR LEMBAH KLANG
-
Date:
19 Dec 2021 (Sunday)
-
Time
12:00 AM
-
Venue:
Malaysia
-
Fees:
RM 0.00 per pax
TABUNG KECEMASAN MANGSA BANJIR LEMBAH KLANG
BANJIR AKIBAT HUJAN BERTERUSAN
HULUR Malaysia mengambil inisiatif menubuhkan TABUNG KECEMASAN sebagai bantuan kecemasan kepada rakyat yang terjejas dengan musibah banjir. Buat masa ini, team kami telah bergerak untuk mengagihkan bantuan makanan, alatan kebersihan dan ubat-ubatan ke pusat-pusat penempatan sementara yang boleh kami boleh pergi.
Tetapi, ramai lagi yang masih terperangkap di kawasan-kawasan yang hanya boleh dilalui menggunakan bot.
Diharapkan banjir akan surut tak lama lagi, namun ujian mereka masih belum berakhir. Rumah dan isi rumah yang musnah, kenderaan rosak dan mungkin juga kehilangan punca pendapatan.
Sumbangan anda amat dialu-alukan.
MAYBANK - 564418608474
Acc: PERTUBUHAN KEBAJIKAN HULUR MALAYSIA
Reference: HULURBANJIR
Kita berikan mereka sedikit kelegaan dan pasti anda juga akan terima tempias kebaikannya. InshaAllah.
THE JOY OF GIVING
UPDATE: MISI BANTUAN BANJIR: PEMBERSIHAN KEDIAMAN-KEDIAMAN YANG TERJEJAS
Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada semua sahabat yang terlibat dari segi kudrat, kewangan mahupun berkongsi informasi. Atas keperihatinan kalian, MISI BANTUAN KCEEMASAN BANJIR LEMBAH KLANG dapat dilaksanakan diambang akhir tahun baru-baru ini, iaitu pada 25 Disember 2022.
Lokasi: Taman Indah Jaya, Batu 18, Batu 16, Batu 14 (Hulu Langat, Selangor)
Peserta: 60 sukarelawan dan 6 kru HULUR Malaysia
Perbelanjaan untuk misi: RM2,000.70
Kelengkapan pembersihan:
- Waterjet
- Berus
- Detergent
- Penyodok
- Penarik Air
- Sarung tangan
- Kereta sorong
- Plastik sampah
Kami di HULUR mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat sma ada dihadapan, mahupun dibelakang tabir misi ini. Allah jualah sebaik-baik pemberi balasan, moga kita semua dilimpah rezeki yang berlipat ganda.
UPDATE: PENUTUPAN DERMA TABUNG BANJIR
Thank you to for all your donations and contributions. Baki derma digunakan utk:
1. tilam, bantal, selimut dihantar semasa aktiviti permbersihan di hulu Langat : RM 613.00
2. hygiene kit rumah warga emas alfattah: RM713.63
3. laptop utk mangsa banjir: RM 1799
Alhamdulillah, Tabung untuk misi ini telah ditutup. Berikut adalah senarai penerima bantuan kami:
- Kelengkapan Tidur (Tilam, bantal, dan selimut) = RM 613
- Kelengkapan Pembersihan Diri (untuk warga emas Al-Fattah) = RM 713.63
- Laptop untuk mangsa banjir= RM 1,799
- PPS Residensi Hijauan Sek 22 (50 org), 19 Dis - RM28.26 per pack = RM1,413
- Kapar, Perepat, Sementa, Rantau Panjang, 20 Dis - RM1,797.50
- KLIA (30org), 20 Dis - RM563.20
- Hulu Langat, PPS SMK Abdul Jalil & Taman Indah Jaya, 20 Dis - RM1,983.98
- Hulu Langat - RM1,189.88
- Padang Jawa - RM810.82
- Perubatan - RM76.54
Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang dan membantu kami, kami doakan anda semua dirahmati dan dimurahkan rezeki oleh-NYA. Lebihan derma akan disalurkan ke tabung seterusnya
No one is useless in this world who lightens the burden of another