Events

TABUNG HULUR RAMADAN 2021: Infaq Burger

  • Date:

    10 May 2021 (Monday)

  • Time

    12:00 AM

  • Venue:

    Sendayan, Negeri Sembilan

  • Fees:

    RM 0.00 per pax

Tabung HULUR Ramadan 2021 – Infaq Burger Asnaf dan Pelajar Tahfiz di Masjid Nurul Iman

Alhamdulillah pada 10 Mei yang lepas kami sempat mengagihkan juadah berbuka puasa buat asnaf di Kawasan Sendayan. Sebanyak 150 bungkus burger telah diagihkan kepada asnaf dan juga pelajar-pelajar Madrasah Tahfiz Darul Qural Wal Ihsan. Masjid Nurul Iman telah dipilih sebagai lokasi sumbangan kali ini.

Untuk pengetahuan semua, menjadi kebiasaan bagi warga Masjid Nurul Iman untuk menjemput golongan asnaf dan anak-anak tahfiz untuk berbuka di masjid ini.

Kami amat bersyukur kerana dapat memberikan makanan berbuka bukan sahaja kepada lima target badan kebajikan Tabung Ramadan kami tapi juga kepada warga asnaf dan anak-anak penghafaz lain melalui lebihan Tabung Ramadan kami.

Terima kasih buat semua penderma yang mulia. Kami doakan anda semua dimurahkan rezeki, semua amalan dibulan Ramadan ini berterusan dan diterima-Nya. Semoga kita semua dapat bertemu Ramadan tahun hadapan.

THE JOY OF GIVING

If you light a lamp for someone, it will also brighten your path.

Anonymous