Events

TABUNG HULUR RAMADAN 2021: Bantuan Berbuka Puasa

  • Date:

    11 May 2021 (Tuesday)

  • Time

    12:00 AM

  • Venue:

    Subang, Selangor

  • Fees:

    RM 0.00 per pax

Tabung HULUR Ramadan 2021 - Bantuan Berbuka Puasa untuk Block A PPR Lembah Subang 2

Alhamdulillah pada 11 Mei semalam kami sempat mengagihkan juadah berbuka puasa buat penghuni asnaf di Block A, PPR Lembah Subang 2. Sebanyak 250 pek makanan telah diserahkan untuk keluarga asnaf di sana yang terdiri dari warga emas, OKU dan keluarga B40.

Untuk pengetahuan semua, kami pernah membantu mereka pada awal musim covid yang lalu iaitu pada 7 April 2020 dan Alhamdulillah kami dapat membantu mereka lagi pada Ramadan kali ini.

Kami amat bersyukur kerana dapat memberikan makanan berbuka bukan sahaja kepada lima target badan kebajikan Tabung Ramadan kami tapi juga kepada warga asnaf lain melalui lebihan Tabung Ramadan kami.

Terima kasih buat semua penderma yang mulia. Kami doakan anda semua dimurahkan rezeki, semua amalan dibulan Ramadan ini diterima-Nya dan semoga kita semua dapat bertemu Ramadan tahun hadapan.

THE JOY OF GIVING

Spend in charity for your own good. He who remains safe from hiw own greed will prosper

The Quran verse 64:16