Events

TABUNG HULUR RAMADAN 2021: Raudhatus Sakinah

  • Date:

    09 May 2021 (Sunday)

  • Time

    12:00 AM

  • Venue:

    Batu Caves, Selangor

  • Fees:

    RM 0.00 per pax

Tabung HULUR Ramadan 2021 - Bantuan untuk Pertubuhan Perlindungan Wanita Raudhatus Sakinah

Alhamdulillah pada 9 Mei lepas kami telah berkesempatan menyampaikan sumbangan anda dalam bentuk makanan dan minuman kepada puteri-puteri Raudhatus Sakinah yang terletak di Seri Kundang, Rawang (Pejabat urusan beralamat di 567, Aras Bawah,Jalan Samudra Utara 1, Taman Samudra, 68100 Batu Caves, Selangor, .

Raudhatus Sakinah ditubuhkan pada April 1998 oleh beberapa wanita hebat sebagai perjuangan untuk memberikan perlindungan dan bimbingan kepada remaja puteri yang tersasar.

Objektif Raudhatus Sakinah :

  • - Memberi bantuan dan bimbingan sehingga pelatih dapat keluar daripada masalah yang membelenggu
  • - Memberi peluang kepada mereka untuk masa depan yang lebih cerah
  • - Menawarkan bimbingan dan pendidikan Islam untuk dihayati
  • - Sebagai suatu usaha kebajikan untuk ummah dan masyarakat

Kami di HULUR sangat teruja ketika menyampaikan sumbangan buat remaja puteri ini, 45 bungkus makanan yang terdiri daripada nasi ayam, buah-buahan, kuih-muih dan air mineral telah disajikan buat mereka pada hari tersebut. Tidak hanya itu, sebanyak 30 bungkus nasi lemak telah disumbangkan oleh Huw Lounge & Café untuk dijadikan makanan sahur buat mereka. HULUR dengan bantuan sahabat-sahabat di luar sana yang bermurah hati juga telah memperuntukkan RM700 sebagai duit raya bagi menambahkan semangat remaja puteri disini.

Moga dengan sumbangan kita ini dapat mengukirkan senyuman buat anak-anak ini dan menjadikan mereka lebih bersemangat mendalami ilmu.

Sekiranya anda sendiri ingin bersama menyantuni golongan ini, anda dialu-alukan untuk terus hulurkan ke akaun mereka:
RAUDHATUS SAKINAH BERHAD
No akaun : 562106720426
Bank : MAYBANK

Buat penderma semua, terima kasih dari kami HULUR Malaysia! Semoga semua penderma dikurniakan rahmat dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.

THE JOY OF GIVING

We rise by lifting others

Robert Ingersoll