TABUNG HULUR RAMADAN 2021: Baitun Nurrawdhah
-
Date:
07 May 2021 (Friday)
-
Time
12:00 AM
-
Venue:
Keramat Permai, Kuala Lumpur
-
Fees:
RM 0.00 per pax
Tabung HULUR Ramadan 2021 - Bantuan untuk Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Asnaf Baitun Nurrawdhah
Alhamdulillah pada 7 Mei lepas kami telah berkesempatan menyampaikan sumbangan anda dalam bentuk makanan dan minuman kepada anak-anak comel ini yang terletak di No. 10, Jalan AU 1C/1, Taman Desa Pendidik, Keramat Permai, 54200 Kuala Lumpur.
Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Asnaf Baitun Nurrawdhah telah ditubuhkan pada 15 Jun 2014 oleh Puan Haffipah Binti Ismail sebagai perjuangan membela nasib anak-anak yatim, anak-anak asnaf dan anak-anak terbiar. Ada di kalangan penghuni ini yang dihantar oleh ahli keluarga mereka sendiri, dan ada juga dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Sebelum pertubuhan ini menetap di lokasi terkini, mereka menetap di Puchong dan kemudian nya di Setiawangsa. Anak-anak ini bersekolah harian seperti anak-anak lain di sekolah kebangsaan dan pusat tahfiz. Bekas penghuni juga ada yang menjadi sukarelawan mengajar mengaji untuk adik-adik yang lain.
Kami di HULUR sangat teruja ketika menyantuni anak-anak ini, 40 bungkus makanan yang terdiri daripada nasi beriyani, kurma, kuih-muih dan air milo telah disajikan buat mereka. Selain itu, sebanyak 60 karton Susu Farm Fresh juga telah diagihkan hasil sumbangan para penderma dan juga Farm Fresh KJ. HULUR dengan bantuan sahabat-sahabat di luar sana yang bermurah hati juga telah mengagihkan duit raya bagi menambahkan semangat menyambut lebaran buat anak-anak ini.
Kami amat terharu walaupun dalam SOP yang ketat, krew bersama sukarelawan HULUR dapat melaksanakan program ini dengan jaya, atas sumbangan penderma semua.
Sekiranya anda sendiri ingin bersama menyantuni golongan ini, anda dialu-alukan untuk terus hulurkan ke akaun mereka:
BAITUN NURRAWDHAH
No akaun : 860189237
Bank : CIMB
Buat penderma semua, terima kasih dari kami HULUR Malaysia! Semoga semua penderma dikurniakan rahmat dan berkat Ramadhan yang sangat diharapkan.
THE JOY OF GIVING
Those who spend on charity will be richly rewarded.