Events

TABUNG HULUR RAMADAN 2021: Maahad Tahfiz An-Nisa'

  • Date:

    01 May 2021 (Saturday)

  • Time

    12:00 AM

  • Venue:

    Hulu Langat, Selangor

  • Fees:

    RM 0.00 per pax

Tabung HULUR Ramadan 2021 - Bantuan untuk Anak-Anak Maahad Tahfiz

Alhamdulillah pada 1 Mei yang lepas kami telah berkesempatan menyampaikan sumbangan anda dalam bentuk makanan dan minuman kepada anak-anak maahad tahfiz ini yang beralamat di Sungai Lui, Bt.20, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan.

Sedikit maklumat untuk dikongsikan, Maahad Tahfiz An-Nisa' (MANIS) ditubuhkan pada 2 Mac 2020 adalah sebuah institusi pendidikan agama swasta khusus untuk pelajar perempuan. Maahad Tahfiz ini menyewa tapak sebuah resort di Sungai Lui (Lui Farm Resort) untuk dijadikan sebuah pusat tahfiz khusus untuk pelajar perempuan. Matlamat utama MANIS adalah melahirkan penghafaz Al-Quran yang berkualiti.

Fasiliti dan kemudahan sedia ada di pusat ilmu ini semenangnya telah mencukupi dan sempurna untuk proses pembelajaran ditambah dengan suasana dan persekitaran yang tenang dan nyaman memudahkan proses pengajian Al-Quran. Buat masa ini, pelajar adalah seramai 11 orang, manakala tenaga pengajar adalah seramai 2 orang dan 2 orang kakitangan pengurusan. Kuota pelajar adalah seramai 25 orang pelajar dan setakat hari ini, MANIS masih menerima pendaftaran pelajar dari mana-mana negeri dalam Malaysia.

Kami di HULUR sangat teruja ketika menyampaikan sumbangan buat anak-anak ini, 25 bungkus makanan yang terdiri daripada nasi tomato, buah-buahan, kuih-muih dan air mineral telah disajikan buat mereka pada hari tersebut. Tidak hanya itu, sebanyak 30 balang kuih tart yang disumbangkan olah Pihak Thursinar Corporation telah diserahkan kepada mereka. Kemuncak pada hari tersebut, HULUR dengan bantuan sahabat-sahabat di luar sana yang bermurah hati telah mengagihkan duit raya buat puteri-puteri ini.

Sekiranya anda sendiri ingin bersama menyantuni golongan ini, anda dialu-alukan untuk terus hulurkan ke akaun mereka:
MAAHAD TAHFIZ AN NISA'
No akaun : 562188335504
Bank : MAYBANK

THE JOY OF GIVING

You don’t need a reason to help other people. [Be selfless in helping others. Alway remember, the happiest are the givers, not the takers.]

Anonymous