Events

TABUNG HULUR RAMADAN 2021: Warung Makan Sahabat

  • Date:

    29 Apr 2021 (Thursday)

  • Time

    12:00 AM

  • Venue:

    Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

  • Fees:

    RM 0.00 per pax

Tabung HULUR Ramadan 2021 - Bantuan untuk Asnaf dan Gelandangan

Alhamdulillah pada 29 April lepas kami telah berkesempatan menyampaikan sumbangan anda dalam bentuk makanan dan minuman kepada golongan yang memerlukan ini dengan usaha sama Warung Makan Sahabat yang beralamat di 8G, Lorong Chow Kit 4, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.

Warung Makan Sahabat adalah di bawah Yayasan Amal Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan, sangat berbesar hati menerima kunjungan Team HULURMALAYSIA yang kemudiannya bersama mengedarkan 400 bungkus makanan buat mereka yang memerlukan. Sebanyak RM1000 telah diperuntukkan oleh HULUR (hasil sumbangan anda) dalam merealisasikan projek bersama ini. Bungkusan makanan merangkumi bubur lambuk ayam, bubur lambuk daging, nasi kerabu dan ayam goreng. Lebih indah lagi apabila makanan-makanan ini telah disediakan sendiri oleh Team Volunteer Warung Makan Sahabat dan juga Team HULUR.

Difahamkan, usaha Warung Makan Sahabat dalam menyediakan makanan bagi golongan-golongan ini berjalan pada setiap hari, dan tidak hanya bertumpu di Bulan Ramadhan. Kebiasaannya, pengagihan makanan yang terdiri daripada nasi berlauk, roti krim gardenia dan air mineral akan bermula pada tengah hari. Dimana juadah-juadahnya akan disediakan sendiri oleh Team Volunteer mereka.

Kami amat terharu walaupun dalam SOP yang ketat, krew bersama sukarelawan HULUR dapat berbuka dan menggembirakan mereka dengan sumbangan penderma semua.

Selesai juadah diedarkan, Team HULUR dan Team Warung Makan Sahabat telah berbuka bersama dengan penuh kelapangan di dada. Majlis kemudiannya disusuli solat maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Syafiq, juga sukarelawan dari Warung Makan Sahabat.

Sekiranya anda sendiri ingin bersama menyantuni golongan ini, anda dialu-alukan untuk terus hulurkan ke akaun mereka:
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan (Tabung Warung Makan Sahabat)
No akaun : 564294325904
Bank : MAYBANK

Buat penderma semua, terima kasih dari kami HULUR Malaysia! Semoga semua penderma dikurniakan rahmat dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.

THE JOY OF GIVING

It’s not how much we give, it’s how much love we put into giving

Mother Teresa