Events

TABUNG HULUR RAMADAN 2021: Warga Emas Al-Fattah

  • Date:

    25 Apr 2021 (Sunday)

  • Time

    12:00 AM

  • Venue:

    Semenyih, Selangor

  • Fees:

    RM 0.00 per pax

Tabung HULUR Ramadan 2021 - Bantuan Warga Emas

Alhamdulillah pada 25 April lepas kami telah berkesempatan menyampaikan sumbangan anda kepada Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Al-Fattah yang beralamat di No.9 Jalan TTS 7/1 Taman Tasik Semenyih 43500 Semenyih Selangor.

Pihak Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Al-Fattah yang diketuai Encik Azlan sangat berbesar hati menerima sumbangan juadah berbuka puasa iaitu Nasi Arab, kuih-muih, minuman kotak, bekalan bahan mentah, makanan frozen dan duit raya hasil derma anda semua.

Kami juga akan menyerahkan lebihan wang dari Tabung ini (tutup pada 7 Mei 2021) untuk membantu Encik Azlan yang menanggung sendiri semua perbelanjaan rumah yang dihuni 21 orang (13 lelaki, 4 wanita dan 4 staf).

Mereka amat memerlukan bantuan luar kerana kos pengurusan dan belanja diuruskan sendiri oleh keluarga yang baik hati ini. Kos sewa setiap bulan berjumlah RM1400 dan ibu En Azlan sendiri turut menjadi tukang masak sambil dibantu warga emas yang berupaya menolong.

Kami amat terharu walaupun dalam SOP yang ketat, krew bersama sukarelawan HULUR dapat berbuka dan menggembirakan mereka dengan sumbangan penderma semua.

HULUR juga amat berterima kasih kepada @farmfresh.kj atas sumbangan 40 karton susu Farm Fresh segar. Selain itu, kami juga menyampaikan hand sanitizer dan mask hasil sumbangan sponsor kami. Alhamdulillah.

Majlis berbuka diakhiri dengan sesi bergambar bersama warga emas dan juga pemberian duit raya. Moga dengan sumbangan yang tidak seberapa ini dapat menggembirakan mereka yang kesunyian tanpa keluarga, InshaAllah.

Sekiranya anda sendiri ingin menyumbang terus ke rumah ini boleh hubungi En Azlan (017-992 5503) atau terus hulurkan ke akaun mereka:
Akaun Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Al-FATTAH
No akaun : 8604079094
Bank : CIMB BANK

Buat penderma semua, terima kasih dari kami HULUR Malaysia! Semoga semua penderma dikurniakan rahmat dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.

THE JOY OF GIVING

If you light a lamp for someone, it will also brighten your path.

Anonymous