Events

TABUNG HULUR RAMADAN x FARM FRESH KELANA JAYA

  • Date:

    21 Apr 2021 (Wednesday) to 05 May 2021 (Wednesday)

  • Time

    12:00 AM

  • Venue:

    Malaysia

  • Fees:

    RM 0.00 per pax

TABUNG HULUR RAMADAN 2021 x FARM FRESH KELANA JAYA

SUMBANGAN SUSU FARM FRESH KEPADA YANG MEMERLUKAN

Alhamdulillah dengan kerjasama bersama @farmfresh.kj, kami di @hulurmalaysia membuka peluang untuk anda memberi sumbangan berbentuk susu Farm Fresh kepada badan-badan kebajikan terpilih seperti di bawah:
1. Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Al-Fattah
2. Pertubuhan Anak-anak Yatim/Asnaf Baitun Nurrawdhah

Penderma budiman boleh berbuat demikian dengan menyumbang di atas pakej yang ditawarkan:

RM30 sekaton susu (24 pek x 200ml) - harga promosi
ATAU derma duit seikhlas hati

SASARAN: 100 KATON SUSU

Diharap minuman sihat yang segar dan lazat ini dapat memberi sejuta manfaat dan kesihatan yang baik kepada penerimanya. Semoga Allah SWT melapangkan rezeki anda dan permudahkan segala urusan dunia akhirat. Amin. Terima kasih kepada pihak @farmfresh.kj yang sudi menyumbang dan bekerjasama untuk memastikan amal kebajikan ini berjalan lancar.

Perhatian:
- Harga susu yang dijual adalah tanpa sebarang keuntungan
- Info jumlah derma & agihan akan dikemaskini dari semasa ke semasa

"Bersedekahlah kamu sekalian, kerana sesungguhnya sedekah itu pemisah dari neraka." Selamat berpuasa dari kami @hulurmalaysia dan @farmfresh.kj

Jika berminat, teruskan niat murni anda dan HULURkan bantuan anda ke Akaun Rasmi kami:
MAYBANK - 564418608474
Acc: PERTUBUHAN KEBAJIKAN HULUR MALAYSIA
Reference: SusuHULUR

THE JOY OF GIVING


UPDATE TABUNG HULUR RAMADAN 2021 x FARM FRESH KELANA JAYA

Alhamdulillah dengan kerjasama bersama @farmfresh.kj, kami berjaya mengumpulkan tabung susu ini sebanyak 121 karton susu pelbagai jenis 200ML.
Sebahagian susu Farm Fresh ini telah kami dermakan kepada badan-badan kebajikan di bawah:

  • 1. Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Al-Fattah (40karton didermakan pada 29 April)
  • 2. Pertubuhan Anak-anak Yatim/Asnaf Baitun Nurrawdhah (60karton - didermakan pada 7 Mei)
  • 3. Pusat Perlindungan Wanita Raudhatus Sakinah (kesemua lebihan dari wang derma iaitu 21 karton didermakan pada 9 Mei)

Terima kasih kami ucapkan kepada kesemua penderma budiman dan juga kepada @farmfresh.kj, semoga dengan kerjasama ini dapat memberikan kebaikan kepada kedua-dua belah pihak. Kami doakan agar Farm Fresh KJ akan lebih maju dan dimurahkan rezeki. Untuk followers kami, jika anda inginkan susu yang berkualiti dari Farm Fresh boleh roger @farmfresh.kj banyak promo-promo yang ditawarkan dari semasa ke semasa!

Perhatian:
Harga susu yang dijual untuk Tabung Susu ini adalah tanpa sebarang keuntungan

THE JOY OF GIVING

Live simply, give more, expect less.

Anonymous