Events

TABUNG HULUR RAMADAN 2021

  • Date:

    13 Apr 2021 (Tuesday) to 07 May 2021 (Friday)

  • Time

    12:00 AM

  • Venue:

    Malaysia

  • Fees:

    RM 0.00 per pax

TABUNG HULUR RAMADAN 2021

Dengan kegelisahan wabak yang sedang melanda seluruh dunia ketika ini, kita sangat beruntung kerana Allah SWT menghadirkan Ramadan sebagai penenang. Tabung HULUR Ramadan 2021 ingin mengajak anda semua mengumpul ganjaran pahala dengan amalan mulia bersedekah.

Tahun ini Insya-Allah kami sasarkan kepada 5 golongan yang memerlukan:
1. Warga Gelandangan > Warung Makan Sahabat @warungmakansahabatofficial
2. Rumah Anak Yatim
3. Rumah Perlindungan Wanita
4. Pondok Tahfiz
5. Rumah Orang Tua
*Kami akan update info berkaitan dari semasa ke semasa berkenaan ini.

Lebihan sedekah dari Tabung Bencana Banjir sebelum ini akan disalurkan terus ke Tabung HULUR Ramadan 2021. Bantuan akan diberikan dalam bentuk:
1. Bantuan juadah berbuka puasa ATAU
2. Bantuan sahur

Tempoh Bantuan - bermula hari pertama Ramadhan (13 April) hinggalah 25 Ramadan (7 Mei 2021). TARGET kami adalah sebanyak RM5000 - Setiap satu golongan sasaran diberi bantuan sebanyak RM1000.
* Info jumlah derma & agihan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Di kala anda kenyang & tersenyum menikmati juadah berbuka, ingatlah ada insan yang menahan kelaparan & bersedih memikirkan apa yang harus dimakan.

Selamat berpuasa dari kami, krew di @hulurmalaysia!?

HULURkan bantuan anda ke Akaun Rasmi kami:
MAYBANK - 564418608474
Acc: PERTUBUHAN KEBAJIKAN HULUR MALAYSIA
Reference: HULURamadan

THE JOY OF GIVING


UPDATE TABUNG HULUR RAMADAN 2021

Alhamdulillah hasil kutipan TABUNG HULUR RAMADAN 2021 telah diagihkan kepada badan-badan kebajikan dan golongan asnaf di bawah:


Buat penderma semua, terima kasih dari kami HULUR Malaysia! Semoga semua penderma dikurniakan rahmat dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.

THE JOY OF GIVING

You don’t need a reason to help other people. [Be selfless in helping others. Alway remember, the happiest are the givers, not the takers.]

Anonymous