Events

TABUNG BENCANA BANJIR MOVE x HULUR 2021

  • Date:

    15 Jan 2021 (Friday) to 31 Jan 2021 (Sunday)

  • Time

    12:00 AM

  • Venue:

    Malaysia

  • Fees:

    RM 0.00 per pax

TABUNG BENCANA BANJIR MOVE x HULUR 2021

LEBIH 30,000 KELUARGA TERJEJAS BANJIR

Apalah daya kita menolak ketentuan alam. Hujan turun tiada henti berminggu lamanya, kini menjadi bah besar di negeri2 seperti Pahang, Kelantan, Terengganu juga Johor.

Ramai yang membantu ramai juga yang pergi menghadap Ilahi. Setakat ini 11 orang mangsa korban banjir.

Keperluan yang diperlukan:

  • - Makanan Kering
  • - Kit Hygiene Wanita
  • - Kit Hygiene Keluarga
  • - Kit Riang Ria Kanak2
  • - Water Blaster Jet
  • - Pakaian Solat

MARI KITA TENANGKAN HATI MEREKA YANG BERDUKA

Kami sedang menggerakkan wakil2 sukarelawan dan aktivis juga NGO untuk bersama membantu dan cabaran setakat ini adalah dana bantuan untuk melancarkan agihan dan gerak kerja.

Kami ingin menjemput anda bersedekah:-

1 tajaan : Serendah RM25 atau seikhlas hati dan kami mensasarkan RM5,000 untuk membantu mereka memerlukan untuk beberapa kawasan tertumpu.

Mohon doakan agar Malaysia dan dunia dijauhi bencana buruk.

Sumbangan ke akaun atas nama:
Pertubuhan Kebajikan HULUR Malaysia
Maybank Malaysia Berhad (5644 1860 8474)
Ref: BANJIR

Call / WhatsApp: 018 905 4152 (Farah)


Kita berikan mereka sedikit kelegaan dan pasti anda juga akan terima tempias kebaikannya. InshaAllah ?

Misi bencana banjir ini adalah kolaborasi kemanusiaan bersama @hulurmalaysia @bekindmove, @ukhwah4ummah @thebulbonproject_my

THE JOY OF GIVING


UPDATE TERKINI TABUNG BENCANA BANJIR MOVE X HULUR 2021 - 150 AGIHAN DI PAHANG & KINI DI TERENGGANU

Tarikh: 7 Feb 2021
Lokasi: Chenor, Maran Pahang
Masa: 9.00 am - 6.00 pm

KIT BANTUAN UNTUK MANGSA BANJIR

Syukur alhamdulillah selesai agihan bantuan banjir di Pahang; gerak kerja oleh team rakan sinergi kami @prismasociety dan @umpholdings Untuk Fasa 1 ini kami sumbangkan:

  • - Kit Tidur Malam Lena
  • - Kit Memasak
  • - Kit Solat
  • - Kit Hand Sanitizer
  • - Kit Makanan Keris


UPDATE TABUNG BENCANA BANJIR MOVE X HULUR 2021 - AGIHAN DI KEMAMAN, TERENGGANU

Bantuan Perkakas dah sampai!

Persiapan Agihan Bantuan Perkakasan Rumah untuk 50 Keluarga di sekitar Kemaman bersama Skuad Taajal.

Team PRISMA bersama Penggerak VTM turun ke beberapa kawasan di Kemaman iaitu:

  • - 10 Keluarga di Kg Teladas
  • - 12 Keluarga di Kg Air Putih
  • - 10 Keluarga di Kg Dadong
  • - 10 Keluarga di Kg Paya Mempuyu
  • - 8 Keluarga di Kg Bukit Mentok

Untuk menyalurkan sedikit keperluan tambahan kepada 50 keluarga yang terjejas banjir.

Tarikh: 7 - 12 Feb 2021
Masa: 9am - 6pm

Hasil perkongsian sumber bersama dan sumbangan para penderma yang baik hati, mereka menerima keperluan seperti Toto , Dapur Gas , Periuk Nasi , Kipas Meja , Kit Solat (Kain Pelikat, Telekung & Sejadah) dan Set Makanan Asas.

Terima Kasih Penyumbang yang baik hati. Sumbangan anda sekali lagi memberikan kebaikan dan kegembiraan buat mereka yang memerlukan.

Terima Kasih rakan kerjasama @prismasociety @bekindmove , @ukhwah4ummah , @thebulbonproject_my , @umpholdings , @volunteeringtripmalaysia , @8for_aid dan Sahabat Bimmer untuk bantuan.

Bersama-sama, Lebih ramai yang dapat dibantu.


UPDATE TABUNG BENCANA BANJIR MOVE X HULUR 2021 - SANDAKAN, SABAH

Tarikh: 28 Februari 2021
Lokasi: Kampung Cahaya Baru Bakau & Kampung Batu Putih, Sandakan

Syukur alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi buat semua rakyat Malaysia yang telah bermurah hati menderma dan meringankan beban sahabat-sahabat kita yang memerlukan.

Menjunjung fitrah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, kami telah mengagihkan lebihan bantuan banjir di Pahang dan Terengganu kepada sahabat kita di Sabah kerana keadaan mereka juga amat mendesak dan memerlukan bantuan.

Sebanyak RM1,000 nilai bantuan telah berjaya disalurkan kali ini.

Sungguh indah dan melegakan kerana sedikit sebanyak kita semua dapat menjalankan tanggungjawab sesama manusia dan meringankan beban di bahu mereka.

Semoga budi dan amalan kita dipandang Allah , dan Allah lah sebaik-baik pemberi balasan kepada setiap amalan.

Misi bencana banjir ini adalah kolaborasi kemanusiaan bersama @hulurmalaysia @bekindmove & aktivis dari Sandakan, Sabah.

THE JOY OF GIVING

If you light a lamp for someone, it will also brighten your path.

Anonymous