Events

Tabung Ramadhan: Bantuan Bayaran untuk Pembelajaran

  • Date:

    24 May 2020 (Sunday) to 24 Jun 2020 (Wednesday)

  • Time

    12:00 AM

  • Venue:

    Malaysia

  • Fees:

    RM 0.00 per pax

Semasa PKP bermula 18 Mac yang lalu, sekolah telah ditutup dan pembelajaran dilakukan secara online. Namun untuk anak-anak yatim dan asnaf di Maahad Tahfiz Nur Kasih ini, kekurangan peralatan seperti laptop dan handphone menyebabkan mereka sukar untuk mengikuti pembelajaran secara online.

Atas inisiatif pihak pengurusan Mahad Tahfiz Nur Kasih untuk mengatasi masalah ini, mereka telah membuka tabung Infaq Tuisyen Anak Yatim/ Asnaf sebanyak RM80 seorang untuk sebulan untuk menggaji guru tuisyen datang mengajar. Mereka juga menjaga penjarakan sosial dan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh KKM.

Pihak HULUR Malaysia @hulurmalaysia telah menyumbangkan sebanyak RM800 kepada tabung Infaq Tuisyen Anak Yatim/ Asnaf, hasil dari derma orang ramai ke Tabung Ramadhan HULUR. Semoga dengan sumbangan ini, anak-anak ini dapat manfaat berterusan.

Berikut adalah maklumat tentang Maahad Tahfiz Nur Kasih:
Alamat: Lot 53958 Jalan Tg Shawal Kampung Sungai Pinang, 41400 Klang, Selangor
Akaun Bank: 562469315993 (MAYBANK) & 8602529808 (CIMB)
No telefon: 0132749573

Jika anda ingin terus menyumbang kepada mereka, boleh hubungi mereka terus di:
FB: @tahfiznurkasih
Website: https://nurkasih.org

Spend in charity for your own good. He who remains safe from hiw own greed will prosper

The Quran verse 64:16