Events

Tabung Ramadhan: Bantuan Untuk Keluarga Asnaf II

  • Date:

    24 May 2020 (Sunday) to 24 Jun 2020 (Wednesday)

  • Time

    12:00 AM

  • Venue:

    Malaysia

  • Fees:

    RM 0.00 per pax

Kebaikan yang kita berikan pada orang lain sesungguhnya adalah kebaikan yang kita tanam untuk diri sendiri.” - Helvy Tiana Rosa

Alhamdulillah berkat derma semua penderma, dua lagi keluarga asnaf telah berjaya dibantu ekoran lebihan Tabung Ramadhan & Syawal yang lepas.

Encik Ahmad Zaki bin Che Deraman merupakan OKU cacat penglihatan yang tinggal di Tanah Merah, Kelantan bersama isteri dan anak-anak yang masih bersekolah. Sejak awal PKP dulu, mereka hilang sumber pendapatan dan terkesan dengan keadaan tersebut.

Kami juga telah berjaya menghulurkan sumbangan kepada Pn Anis Sofiya dari Mengelembu, Perak.

Suami Pn Anis bekerja sebagai buruh binaan kontrak dan merupakan satu2nya sumber pendapatan keluarga mereka. Mereka mempunyai seorang anak yang berusia 8 bulan dan menanggung seorang makcik mereka (berusia 56 tahun) yang juga tidak bekerja kerana sakit kaki. Suami Pn Anis terputus hasil pendapatan sejak bermulanya PKP akibat penerimaan gaji harian. Mereka juga tidak berjaya untuk menerima apa2 bantuan sepanjang tempoh PKP ini.

Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban mereka sekeluarga. Sama-sama kita doakan agar Encik Ahmad Zaki dan Pn Anis sekeluarga dipermudahkan urusan & dimurahkan rezeki. Mereka sangat berterima kasih kepada semua penderma.

It’s not how much we give, it’s how much love we put into giving

Mother Teresa