Events

Tabung Ramadhan: DUIT RAYA

  • Date:

    24 Apr 2020 (Friday) to 24 May 2020 (Sunday)

  • Time

    12:00 AM

  • Venue:

    Malaysia

  • Fees:

    RM 0.00 per pax

DUIT RAYA HULUR BUAT ASNAF

Syawal mungkin pahit ditelan kepada keluarga yang terjejas ekoran PKPB yang masih berjalan. Turut sama terjejas ialah anak-anak yatim, fakir serta asnaf daripada 2 pusat kebajikan ini. Alhamdulillah, dari derma anda, bantuan Duit Raya HULUR berjaya diberikan.

  • 1. Encik Tomo Santuso & keluarga mempunyai 4 orang tanggungan dari Teluk Panglima Garang ini tidak mendapat gaji & tidak bekerja sejak PKP ini.
  • 2. Puan Isnawati Yaman & keluarga dari PPR Ampang tidak mendapat gaji & menanggung 5 orang termasuk suami yang sedang sakit.
  • 3. Baitul Ulfah Centre, Seri Kembangan - 30 orang anak yatim, fakir miskin & asnaf. @baitululfahcentre
  • 4. Pusat Jagaan Telaga Kasih Nur Muhammad (PJTK), Kota Damansara - 30 orang anak asnaf, anak yatim & anak yang berasal dari keluarga berantakan.
  • 5. Pertubuhan Kebajikan Darul Wardah Selangor - 28 orang pelatih
  • Semoga pemberian ini dapat memberikan mereka senyuman Lebaran. Terima kasih kepada semua penderma, semoga dimurahkan rezeki.


    Maklumat Baitul Ulfah Centre:
    Baitul Ulfah Centre
    Address: No 2, Jalan LP2/10 Taman Lestari Perdana, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor
    Bank Account: 562807547173 - MAYBANK (BAITUL ULFAH MANAGEMENT)
    Contact Number: 0189196036 (Ustaz Azam)
    Instagram: baitululfahcentre


    Maklumat PJTK:
    Pusat Jagaan Telaga Kasih Nur Muhammad
    Address: No 13 Jalan Nuri 7/18, Seksyen 7, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya
    Bank Account: 562759684505 (Maybank)
    Contact Number: 018-3206932 (Ustaz Husin)


    Pertubuhan Kebajikan Darul Wardah Selangor beroperasi di No. 8 & 10, Jalan Tanjung Pahang 30/102A, Lorong Haji Taib, Jalan Kebun, Seksyen 30, 40460 Shah Alam, Selangor. Darul Wardah mula beroperasi pada 1 Sept 2008.

    Mereka memberi perlindungan sementara & pemulihan dari segi akidah, emosi serta spiritual kepada wanita yang:

    • Kecelaruan aqidah; mualaf & murtad
    • Teraniaya; penderaan fizikal & mental
    • Mengandung tanpa nikah; zina, rogol, sumbang mahram
    • Terlibat dengan gejala sosial (zina)

    Darul Wardah mengalukan derma & sumbangan orang ramai untuk menampung kos bulanan mereka. Untuk sumbangan & info lanjut, boleh ke:

    Pertubuhan Kebajikan Darul Wardah Selangor
    Address : NO. 1, JALAN TANJUNG PAHANG 30/102 A, LORONG HAJI TAIB, JALAN KEBUN, SEKSYEN 30, 40460 SHAH ALAM,SELANGOR DARUL EHSAN
    Contact No : 018-901 4074 (Puan Nisha)
    Blog: darulwardahselangor.blogspot.com
    Facebook: Darul Wardah (DARWA)
    Account No: 5627 8605 8914 (MAYBANK) - Darul Wardah Selangor

Live simply, give more, expect less.

Anonymous