Tabung Ramadhan: Bantuan Mangsa Banjir
-
Date:
24 Apr 2020 (Friday) to 24 May 2020 (Sunday)
-
Time
12:00 AM
-
Venue:
Malaysia
-
Fees:
RM 0.00 per pax
DUGAAN BANJIR UJI KECEKALAN
Dalam beberapa hari lagi kita akan menyambut Aidilfitri dan pastinya ramai yang tidak sabar menanti hari lebaran. Namun berbeza bagi penduduk di Kampung Piandang, Siputih, Pusing, Perak yang telah ditimpa musibah banjir pada tanggal 12 Mei baru-baru ini.
Sebanyak 12 buah rumah telah dimasuki air dan memusnahkan kebanyakan barangan di dalam rumah. Kebanyakannya tidak sempat diselamatkan. Kehilangan barangan asas rumah seperti tempat tidur, barangan dapur, dan pakaian pastinya menyedihkan lebih-lebih lagi dalam sambutan aidilfitri ini.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Alhamdulillah atas derma anda semua pada Ramadhan yang lalu, sebanyak 45 buah tilam dan 45 biji bantal berjaya didermakan kepada 14 buah keluarga mangsa banjir di Kampung Piandang, Siputih, Pusing, Perak.
Terima kasih kepada saudara Fazri bersama adiknya Faiz yang baik hati membantu mencari & membeli kesemuanya.?? Syukur dipertemukan insan baik ini. Barangan kemudian diberikan kepada mantan ketua kampung Encik Faiz untuk diagihkan kepada keluarga terlibat.
Musibah ini tidak mendapat liputan berita, mungkin kerana media tidak mendapat info dari penduduk. Diharap tilam & bantal ini dapat membuatkan tidur malam mereka sedikit lena.
Not all of us can do great things, but we can do small things with great love