Tabung Ramadhan: KOMPLEKS WARGA EMAS
-
Date:
24 Apr 2020 (Friday) to 24 May 2020 (Sunday)
-
Time
12:00 AM
-
Venue:
Malaysia
-
Fees:
RM 0.00 per pax
BANTUAN IKHLAS KE KOMPLEKS WARGA EMAS BAIT AL-MAWADDAH SEKSYEN 30 SHAH ALAM, SELANGOR
Sumbangan dari Tabung Ramadhan diteruskan kepada penghuni seramai 36 orang di Kompleks Warga Emas Bait Al-Mawaddah Seksyen 30 Shah Alam. Menjelang lebaran ini pastinya menjadi detik yang lebih sukar bagi warga emas di sini kerana terkenangkan keluarga mereka. Kami sangat berharap sumbangan kasih sayang ini dapat menggembirakan mereka dan ingin mereka tahu ramai yang bersimpati di luar sana.
Kompleks Warga Emas Bait Al-Mawaddah ini ditubuhkan oleh Lembaga Zakat Selangor pada 2014. Antara objektif penubuhannya ialah 'Memberi Perlindungan, Pengawasan, Pemulihan Dan Pembangunan Diri Yang Berkesan Kepada Warga Emas Yang Tergolong Daripada Fakir Dan Miskin Yang Tidak Terbela'.
SOP yang ketat telah diwajibkan ke atas kompleks warga emas ini kerana mereka berisiko tinggi untuk dijangkiti. Krew kami tidak dapat berjumpa, tapi hanya menyampaikan sumbangan kepada wakil Bait Al-Mawaddah. Antara sumbangan yang dapat kami berikan adalah beras, minyak, kuih-kuih raya, ketupat segera, kordial, biskut, kopi, teh, lampin pakai buang dan lain-lain.
Terima kasih buat semua penderma, hanya doa yang mampu kami berikan sebagai tanda penghargaan terima kasih kepada semua ? Hargailah ibu bapa kita selagi mereka masih ada. Sekiranya kita tak dapat berjumpa lebaran ini, sampaikanlah salam ucapan melalui mesej atau video dan teruskan menggembirakan dan mendoakan mereka
Kompleks Warga Emas Bait Al-Mawaddah
Address : Lot pt 140452 (pt 92805), Jalan Tanjung Pahang, Lorong Haji Mughni, Seksyen 30 Jalan Kebun, 46460 Shah Alam
Contact No : 0351610533
Website: https://www.zakatselangor.com.my/asnaf/bait-al-mawaddah/
Be someone’s sunshine when their skies are grey