Events

Tabung Ramadhan: Sumbangan IFTAR & MOREH

  • Date:

    24 Apr 2020 (Friday) to 24 May 2020 (Sunday)

  • Time

    12:00 AM

  • Venue:

    Malaysia

  • Fees:

    RM 0.00 per pax

IFTAR & MOREH - INSTITUT MAAHAD TAHFIZ AL-AZIM (IMTAZ) & MADRASAH TAHFIZ MAFATIHUL ULUM

Perkembangan pendidikan tahfiz di kebanyakan negeri di Malaysia sangat pesat dengan bertambahnya bilangan sekolah tahfiz dari hari ke hari. Ia mendapat perhatian istimewa dari masyarakat dengan setiapnya menawarkan kepelbagaian sistem pembelajaran.

Terima kasih atas derma anda, setakat ini 2 institut maahad tahfiz yang memerlukan pertolongan berjaya dibantu iaitu Madrasah Tahfiz Mafatihul Ulum (MTMU), Ampang & Institut Maahad Tahfiz Al-Azim (IMTAZ). Bilangan pelajar tahfiz yang belajar di sini adalah seramai 50-55 orang

Aktiviti mereka sepanjang bulan Ramadhan adalah seperti bacaan Al-Quran, kelab kitab, solat terawih, solat tasbih, bacaan tahlil harian, bacaan tahlil arwah, doa selamat serta bacaan Al-Quran 30 juzuk. Semoga mereka menjadi anak-anak syurga yang sentiasa mendoakan kesejahteraan penderma.

Alhamdulillah, 55 anak tahfiz & tenaga pengajar dari IMTAZ, Rawang dapat berbuka puasa & moreh untuk 2 malam dengan tajaan HULUR Malaysia. Mereka mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua

Selain solat berjemaah setiap solat fardhu & sunat Terawih, mereka turut mengadakan aktiviti bacaan tahlil arwah, doa selamat serta bacaan Al-Quran 30 juzuk di sepanjang bulan Ramadhan ini.

IMTAZ sering aktif dengan pelbagai aktiviti keagamaan. Untuk berterusan menderma buat IMTAZ & anak muda tahfiz ini, anda boleh ikuti perkembangan mereka di: FB - @cintaimtaz YouTube - Institut Maahad Tahfiz Al-Azim

Insya-Allah dengan sumbangan anda, dapat membantu anak-anak muda ini semasa proses mereka mendalami ilmu agama. Jom rebut ganjaran besar sebelum Ramadhan meninggalkan kita.

Maklumat maahad ini adalah seperti berikut:
MADRASAH TAHFIZ MAFATIHUL ULUM
Address Headquarters: Lot 220 Jalan Jati, Kampung Melayu Ampang, 68000 Ampang, Selangor (03-42663199)
Address Branch: No 633, Jalan 8, Taman Ampang Utaman, 68000 Ampang Selangor (03-4265 5861)
Contact Number: 019-223 7090 (Ustaz Muhammad Shukri bin Sanusi)
Bank Account: 5643 8840 0690 (MAYBANK) - Mafatihul Ulum

Maklumat maahad ini adalah seperti berikut:
Institut Maahad Tahfiz Al-Azim Rawang (IMTAZ)
Address: No 12A & 16, Jalan Desa 6/1 Bandar Country Homes Rawang, Selangor
Contact Number: 017-634 6500(Ustaz Ali Omar)
Website: www.imtaz.my
Facebook: cintaimtaz
YouTube: Institut Maahad Tahfiz Al Azim
Bank Account: 5620 1200 4324 (MAYBANK) - IMTAZ Enterprise

Be someone’s sunshine when their skies are grey

Anonymous