Events

Tabung Ramadhan: Bantuan Untuk Keluarga Asnaf

  • Date:

    24 Apr 2020 (Friday) to 24 May 2020 (Sunday)

  • Time

    12:00 AM

  • Venue:

    Malaysia

  • Fees:

    RM 0.00 per pax

SEDEKAH UNTUK KELUARGA ASNAF

Alhamdulillah, berikut adalah keluarga-keluarga asnaf yang telah menerima bantuan dari sedekah, sumbangan & sokongan anda. Sumbangan ini dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan ini.

  • 1. 15 buah keluarga dari Kg Bharu - semuanya hilang/terjejas pendapatan ekoran PKP, kebanyakan mempunyai 1-3 orang anak berumur 1 - 5 tahun & ibu tunggal.
  • 2. Keluarga asnaf Ulu Kinta, Perak - Encik Rizal mempunyai 5 tanggungan & perniagaannya terjejas kerana PKP.
  • 3. Keluarga dari Ampang - Encik Ibrahim, warga emas bersama 6 orang keluarganya. Perniagaan mereka ditutup & tiada punca pendapatan lain.
  • 4. 2 buah keluarga di Kampung Pasir Pekan Tengah, Wakaf Bharu, Kelantan. Sejak bermula PKP, mereka telah terputus pendapatan & bergantung dengan bantuan orang ramai untuk meneruskan kehidupan harian.
  • Teruskan menyumbang ke Tabung Ramadhan kami untuk membantu lebih ramai lagi family asnaf atau badan kebajikan yang memerlukan.

    Hasil sedekah anda, mereka mendapat bekalan makanan seperti beras, minyak masak, sos cili, sardin, gula, maggi, bihun, kopi, biskut, tepung gandum dll. Kami menggunakan khidmat runner, krew beli sendiri & servis penghantaran @mysinbaddotcom.

    Sedekah adalah sumber kekayaan. Allah SWT menjanjikan sedekah tidak akan membuat miskin, bahkan menjadi semakin kaya. Insya-Allah. Bersedekahlah baik di waktu lapang atau di waktu sempit.

The smallest act of kindness is worth more than the grandest intention

Oscar Wilde