Events

Tabung Ramadhan: Frontliners COVID-19 HUKM

  • Date:

    24 Apr 2020 (Friday) to 24 May 2020 (Sunday)

  • Time

    12:00 AM

  • Venue:

    Malaysia

  • Fees:

    RM 0.00 per pax

TABUNG RAMADHAN: SOKONGAN BUAT FRONTLINERS COVID-19 HUKM

Dari derma anda, kami akan membantu berikan 60 PEK MAKANAN IFTAR kepada pejuang petugas barisan hadapan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk mereka berbuka puasa. Frontliners yang terlibat terdiri dari golongan doktor, nurse, cleaner & staf maintenance.

Para Frontliners & staf KKM bergadai nyawa & meninggalkan keluarga melakukan tugas mereka ini. Merekalah frontliners yang kita perlu hargai. Tugas kita dengan #StayAtHome, Insya-Allah dapat membantu memutuskan rantaian Covid-19.

Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun. - Riwayat Al-Tirmizi (807)

Dalam masa yang sama kita turut menolong perniagaan katering dengan menempah pek makanan yang berusaha untuk survive dalam keadaan PKP ini. Buat para hero kita, terima kasih dan semoga kegigihan serta pengorbanan anda mendapat ganjaran pahala daripada Yang Maha Esa. Amin.

Alhamdulillah! Seramai 60 orang dari barisan frontliner di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) mendapat sumbangan iftar hasil sumbangan ikhlas anda. Terima kasih @zulayei & team yang memberikan kerjasama membantu kami mengedarkan makanan kepada staff HUKM. Semoga sumbangan ini dapat memberikan senyuman di wajah anda.

Terdiri dari doktor, nurse, cleaner & staf maintenance, barisan frontliner bergadai nyawa & meninggalkan keluarga demi memastikan kesihatan pesakit terjaga & rantaian Covid-19 ini dapat diputuskan.

Terima kasih juga kepada MZ Catering di atas menu nasi putih + ayam masak merah + sayur campur goreng + buah epal + kurma. Semoga Allah memudahkan urusan anda.

Buat para penderma semua, terima kasih di atas segala kebaikan yang diberikan. Jom kita merebut ganjaran pahala di bulan penuh kemuliaan ini. Semoga kita semua dipermudahkan urusan & dimurahkan rezeki. Amin.

No one is useless in this world who lightens the burden of another

Charles Dickens